Monday, January 09, 2017

1019 : Trip Sejuk-Sejuk Osaka - Bahagian 1

Salam! Selamat Tahun Baru 2017. Dan happy belated birthday to me! Dah 37 weehhh tak kawen lagi kau rasa aku seram ke tak? HAHAHAHAHAH seram tapi buat tak tahu jelah. 

Jom cite.

Tahun lepas bulan lepas lah - 11 hingga 16 Disember 2016, weols satu kampeni telah menerbangkan diri ke Osaka untuk kampeni trip. Kali ni dapat pegi hok sejuk tapi takdak salji sobs. Namun! Tetap kite teruskan.

Flight dari Msia pukul 1.55 pagi, delayed. Patutnya pukul 1 pagi. So sampai di Kansai Airport dalam pukul 9 pagi gitu la kot. Pungpangpungpang nak dekat tengahari gak baru kuar dari airport. Ntah amende tah dok berlegau2 kat situ. Ni rasa nak marah ni. Tapi sebab bos aku rilek je makanye aku nak kata ape kan. Eloklah tu dari merempan kat aku pulak.

nampak terik tapi sejuk2 ekon masa ni

jom gerak

air ni panas tau. kat sana ade vending machine jual air panas, sama ada dalam botol mahupun dalam tin seperti di dalam gambarajah di atas. 



aku ingatkan bole duduk sesuka hati, rupanya ade seat no hahaha 


kat Stesen Namba. kat luar ade Namba Park. tengok jelah tak pegi pun huuu



Aku dah lost count brape kali kitorang turun naik tren bertukau2. Satu hari tu memang bawah tanah jelah tak nampak dunia luar huhu.

dan akhirnya menjelang pukul 4 petang kot, barulah nampak dunia. haaaaa hai Osaka (tarik napas dalam2)

macam tahun lepas, kene heret luggage nak gi hotel. 

dah sampai! rasanya ni ala2 airbnb kot. tapi siap dengan brekpeslah dia bagi. nice

reception counter macam zaman 70an gituh. pakkal takde gantung2 kunci je hehehe
pemandangan dari tingkap bilik, nampak Osaka Castle *mata love love*


selesa banget!

Lepas solat and all, kitorang gerak ke Dotonburi. Untuk makan dan soping2 kalau nak lah. So.. lets naik tren!

belakang hotel weols. subhanallah sangat!



ramai giler orang. dah tu ko ingat ko je pelancong? hahahaha



ade kedai yang guna konsep macam ni untuk yang nak take away (kot). pilih menu, bayar kat vending machine. resit bagi kat maknusia kat kaunter

I was here in Dotonburi!

masa ni dah berpecah. aku dengan opismate sorang ni jalan berdua je round2. sejuk giler dah time niiiii


kitorang dok masuk lorong belakang bangunan. ade jugak kedai2 kecik, feeling lah kejap. nak feeling ape tak pasti, tapi memang feelinglah hahaha


bersih, cukup pencahayaan



ye tak ye, soping kompleks depan tu aku tak masuk pun. malaslah

sedap weh tengok dorang makan ketam. aku kecuak nak beli memandangkan duit tak bawak banyak, pastu takut jadi alergik ke.. alergik aku ni bukan pilih tempat huhu

ade persembahan group apetah (JPop kot?) kat situ. peminat nun seberang sungai takleh serbu, hanya mampu jerit2 je kihkoh

kat tepi ni ade billboard besau yang gambo maknusia berdiri seblah kaki yg pemes tu. aku nak snap pakai kamera tak dapek

ade jugak bergambar kat sini tapi kat hp orang lain kot? ke? ntah

Teringin sangat nak makan takoyaki kat sini. Padahal kat mesia takde la suka sangat pun. Mungkin sebab cuaca kot. Sejok namateyyyy I need your hug (tetibe). Memang banyak kedai jual takoyaki, tapi masa ni tak jumpe lagi yang betul2 jual isi sotong sahaja. Mostly akan ade jual yang berbabi. Maksudnya ade takoyaki babi, takoyaki sotong, so takmolah beli kat kedai yang jual campur gituh.. Hmmm

Pastu ternampak kedai jual kuih ikan ni, tanya2 kat sis kedai tu - dan akhirnya yakin bahawa ia tiada berbabi. Kita makan kuih ikan ni dulu lah. Lapo satu hal, sejuk ni satu hal.

ade promotion, 5 ketoi 1000 yen. aku amek semua perisa yakni red bean, cekelat dengan kastard. sudahnya kastard tu tak termakan pun hmmmm

sedap!

Lepas tu jalan lagi.. barulah terjumpa bebudak lain, dok makan takoyaki. So kitorang pun gigih cari jugak takoyaki. Aku tak sempat nak snaplah, sejuk panas tatau nak handle mana satu kahkah

Balik hotel, mandi makan ciked2, solat dan teruslah tidoooooooooooooooo

---bersambung--

Thursday, December 08, 2016

1018 : Excellence Awards Dinner

25 November aritu telah berlangsung sejenis dinner berkaitan pekerjaan kitorang under MIP. Malas nak eksplen panjang takut orang gugel kang masuk sini lak lulz. Dinner kat Hotel Majestic sanun. Dalam pukul 5 gitu kitorang gerak dari opis (geng2 bujangan lah, geng2 keluargaan sorang je yang pegi pon)

Dah lah, meh tunjuk gambau

terjumpe plak classmate masa kt uitm dulu

dan ex opismet. ni pehal badan cam dugong dalam pantang ni sisssss

pakai cencen mak kite bagi





beluncasnye kening sis


appetizer

meja kitorang. meja bos weols tak snap

ayam apetah. macam salad kot

persembahan by Atilia Haron dan emaknye.. ape name maknye lupe plak


main course. sea bass apetah. bibir atas aku bengkak terus lepas makan (baru makan separuh je pulak tu). terpaksa laa perati je belennye.. sebab bukan takat bengkak je, siap berdenyut

dessert.. cheesecake




inilah awardnye.. cam award kesian ke? tataulah. hahahahha

Jumpe sorang lagi ex opismet jugak tapi picnye sampai ke sudah tak dapat2 lagi hmmm. K sekian.