Friday, June 02, 2017

1039 : Birthday Trip ke Pattaya - day 3

Sebelum kite sambung kisah pengembaraan kak upin dan kak ipin, sistur ingin mengucapkan Selamat Berpuasa gais!

Ok sambung.

Selepas #donesarapan, kitorang pun memulakan perjalanan ke Love Art Park. Tapi encik driver ni terus bawak ke Floating Market pulak. No no no kata kitorang. Aku tunjuk itinerary, dia tergaru2 tak paham apekah Love Art Park. Asek sebut Love And Park. Hepppp! Nak gugel, aku tak beli simkad Thai. Roaming jauh sekali hahaha! Skali.. teringat samting. Mujurlah aku ade screenshot no tpon park tu masa kat Msia huhu so tunjuk kat dia, dan dia pun call la orang sane. Ater rupenye dia pun tak tahu pasal kewujudan tempat ni sebab tak penah pulak sape2 rekues nak gi situ hahahahhaa! So ayuhlah!

Oh tahukah anda apekebendenye Love Art Park ni? Haaa ni taman yang penuh dengan patung seni katanye tapi bertemakan 18SX. Masa kitorang sampai, bunyik krik krik je macam dah tak beroperasi je. Dah la kelihatan tandus tak terjaga. Masa dok tunggu nak beli tiket (takde orang pun kene tunggu, ape cite? baru nak print tiket kewww), barulah ade sebijik dua kete datang. Memang dasar pembawa rejeki betul kitorang ni huahahahah

laa aku tak snap ke pintu masuk tempat ni? tak koser kot. panas nak mampos weh





mahal pulak tu! dah la rumput tak mesin





pic yang nampak tenang, jangan disangka tak panas terik eh. silau mata






dah macam bergambau dalam sawah!












Abeslah puase korang hahahahahahahahaha!

Dah penat round dalam kepanasan tu, teruslah kite ke Pattaya Floating Market. Saje ejaskan ke sini kemudian sebab nak lunch terus kat sini, ater susah bebenau nak mencari tempat makan halal kan. Semoga adelah benda yang boleh dimakan kat sini, amiiiiin begitulah harapan weols.

memula rasa jengkel sebab driver tak drop kitorang kat depan pintu masuk. skali pikir.. hmm kalau dia drop kat situ, cemane kitorang nak tau dia parking katne? k k k paham dah

ade dua pintu masuk. satu yang ni, dia masuk ke dalam sket. satu lagi betul2 tepi jalan besau, pintu masuknye bentuk kapal gituh.

aku dah beli tiket online, 200TBH jugak regenye

pastu suruh masuk dalam. sibbaik dalam ni ade ekon, fuuhh kalau suruh tunggu lama dalam ni pon mak sanggup nak!

cop kat tangan semasa mahu masuk

yang ni tepek kat bahu bole dada bole dahi bole ikot kau lah
 


tak sabau nak masuk berteduh hehe


macam-macam jualan, cam biaselah



boleh lah kalau nak start makan. lekluuuu












tempat boxing atas pelantar. ni sume kalau nak tengok, kene datang malam. pastu ade la bayaran dia






kemain bergayut2 mangga


amek!

mencari yang halal itu adalah fardhu.. ingat tu..





panas2 amek ni dia pakai gitu, gigih. tengah perform menari2


muay thai kot kat sini

kakak ostajah rupanya nak naik mendalah ni, patut le laju je jalan hahaha aku ingatkan dia lapau. rupanya kalau nak naik sampan ni kene bayau, 800 TBH eh. gi mampos sane hahaha

selamat jalan sampan

akhirnya jumpe yang fardhu eh yang halal. roti pisang pun roti pisanglah. aku haus je sebenarnya

beli jelah takot lapau

kakak ostajah beli bendalah ni. oyster omelet katenyeh

patah balik ke tempat yang kitorang dah lalu tadi. order air


belakang sis ade band


kakak ostajah order air teh dengan pulut mangga. sedap! (aku makan mangga je lebih heee).  for me, nak air yang jernih2 je so orderlah air mata miaw. apsal aku tak order roselle tah padahal harga sama je. ni pun aku dok topap dengan air mineral sebab.. sekejapan je air dah abes

tetibe takde selera so makan dua tiga suap pastu tapau
Aku tak soping apepun rasanye. Eh ade. Beli fridge magnet, tu pon 4 ketoi je haha! Hajat asal nak beli greentea pun terbatal sebab rasa kembung lak pundi lepas minum air mata miaw tu. Bila rasa yang kakak ostajah beli, eh sedap pulak. Dasar. Asalkan orang punya, semua sedap ehhhh kau ni.


Patutnya lepas ni balik je. Tapi aku kata.. dah alang-alang tinggal satu tempat je nak pegi esok, ape kata kite pegi je hari ni. Esok boleh la bangun lambat hihihi. So yeah let's go. 

Wat Phra Yai. Kami datang ni.

dari kejauhan dah  nampak patungnye

baca sendirik


sibbaik tangga very the landai so tak penatlah. cer kalau macam tangga kat Great Wall, mampuih


campak syiling masuk pusat









tudung komot2 eieieieiei





Terus pulang ke hotel. Panas panas tak sabau nak bukak tudung.

aritu gajah, hari ni swan. otototo kitorang bukan datang hanimun lah!
Sambil rehat, berbincanglah nak buat ape nanti. So cadangnya nak makan (sebab aku tak makan sangat tadi kan), pastu nak gi pantai, pastu nak gi night bazar. Lepas asar, kitorang pun gerak..

beronak berliku mencari kedai ni hehe akhirnya ketemu

nasik separuh, daging masak ape eh kemain pedas dengan terung pipit kot, pastu ade umbut!! ya Allah dah berkurun tak makan, nak nangesss.. ulam-ulam pun acik tu bagi. sambal belacannye pedas gilerr. cop. benda bulat belah empat tu ape eh?

Dah #donemakan, kita jalanlah ke pantai. Lalu balik depan hotel, jalan stret je. Tak jauh pun dari hotel nak ke pantai tu. Apsal laa semalam tak teringat nak pegi tah. Dan sebenarnya dari pantai tu boleh je jalan kaki ke Walking Street. Tapi.. jauh laaaa jauh. Kene naik teksi gak. Melainkan ko gigih nak jugak jalan.. boleh kot jalan pelan-pelan.. tapi bila jalan berdua ni takde semangat yang padu. Kalau reramai mungkin kot. 

Hahahahah alasan, cakap jelah malas.

dari lorong inilah kitorang berjalan ke pantai

Walking Street tu kat ujung pantai sanuuuuun sanuuuuun tak nampak der

gigih amek panorama



feeling macam kat Pangkor hihihi

tapi kat Pangkor, tepi2 tu kedai biasa je. kat Pattaya ni bangunan tinggi2 gak tepi jalan ni
begini
nak jugaklah greentea ni. tapi tetaplah tak sesedap kat floating market (kesal)

dua eko tu tengah sebok bercinta tadi, bila aku order ni ha barulah stop. lol
Pastu teruslah ke Pattaya Night Bazaar. Rupa parasnye macam Pasar Payang la kot, tapi pasar dorang macam lebih bersih. Eh macam ke memang? Memanglah. Hahaha

apsal tah aku tak posing depan ni? segan kot? entah


kitorang dok cari makanan dalam ni, takde pon! baju je sume huhuhu

macam biase, kakak ostajah je soping. aku try jugak nak soping tapi takde yang betul2 berkenan di sanubari


Dahlah, jomlah balik. 

Malam tu lepas maghrib, tetibe aku rasa macam..errr.. macam nak konyel2. Tadi lupe nak beli jajan, benci tau. Kakak ostajah macam malas nak turun, tapi bila aku ajak - ehh ok pulak. Mujurlah hihi! Alaaa pegi Family Mart depan hotel jew pon..

beli Lays dengan tenusu dua ketoi ni je. kakak ostajah ade beli instant mee. sedap plak tu. haa dah dah takyah nak turun lagi! aku konon nak le beli face mask, tapi mahal le puleks
Kemas-kemas beg.. tengok tv.. pastu hanyutlah aku dibawa arus waktu...

-bersambung emma maembong!-

1 comment:

Mya said...

no hep no hep.
no hep paddiaaaa...

takat nama floating market, tapi nak naik boat kena bayau mahal, sila meninggal sana.
dah la u walk u walk.
tak paham tu cakap je la tak paham.
eieiei sakit pulak hati kita